Perkembangan Kehamilan-6 bulan

Bayi

* Kulit janin berwarna merah, berkedut dan diliputi rerambut halus.
* Mata janin mula terbuka dan jari tangan serta kaki mula kelihatan.
* Janin masih terlalu kecil dan belum bersedia untuk hidup di luar rahim ibu. Jika dilahirkan semasa ini, bayi
perlu diberikan penjagaan rapi dan intensif.
* Diakhir bulan keenam, janin berukuran 11 hingga 14 inci panjang dan berat 1 hingga 1 ½ paun.

Ibu

* Anda mungkin merasa janin menendang kuat pada bulan ini.
* Kulit perut anda juga terasa gatal dan pecah-pecah. Belakang anda mungkin terasa sakit.
* Amalkan cara duduk dan berdiri yang baik.
* Untuk membuatkan anda selesa, pakailah kasut bertumit rendah atau tanpa tumit.
* Anda juga mungkin mengalami kesakitan pada bahagian bawah perut anda kerana rahim anda
mengembang.
* Berat anda akan meningkat tetapi jika anda menyusukan anak selepas lahir anda akan mudah
menurunkannya semula ke berat badan asal anda.

Kegembiraan..Alhamdulillah

smlm kasig tercipta sbb aku g klinik di pagi buta..doc tk smpi, aku da terpacak..not really aku..tp ktrg le..pa n ma to be ni la..hehhe…da 1 hr setengah, aku cm tak rasa tendangan baby..ssh ati woo..kbtln lak masa last check up 18/4,,aku tk scan..cma g check darah je..nk tunggu, cm malas lak..ekeke..trus balik..sbb arituh kan kna berpose..adoi..kruk kruk perut berbunyi..tu la hikmah bln pose.takder pn lapa sampai gtu..hahah..pas g klinik, g mkn kt BBQ Chicken..nyum2..makan bagai nk rak..Alhamdulillah kenyang..tk muntah woo..bangga seh..

tp mlm tu, sumbat apa2 pun..msti muntah..cm pelik..anggap la, baby aku tak suke mkn bnda ni agkanya..suh wan bli bnda lain..mula2 cm ok..ttba, muntah trus lam mangkuk kuew teop ladna..adoi..trus terbunag gtu..minum air lak..kuar gak..mknn siang tadik pn kuar..adoi..kepenatan muntah, tido awal..sok tu, tk trasa lapar..baby pn tk meragam..tkde keraskan perut ke tendang2 ke..da stat debar2..cte Dynas muncul balik…pastu wan kata merepek..aku pn rsa merepek..then bia gtu je la..tp berdebar2 tu ttp ade..di cmpur lagik dgn crite artis Dynas tu..sian kt die..Takziah utk Dynas..annggap la die baca blog ni..:)

esoknya kna g ngajar cm biasa..tp ttp tk rsa tendangan baby..tp wat tak pot je..anggap anak merajuk ngn mak je..hheeh..tp smpi mlm selasa..mmg tk sedap ati da..selasa pagi2 buta..g klinik..yg suprisenya..doc kta..masalah ni..awk tak rsa tendangan baby..tgk tu..menendang bukan main hebat lagik..adoi..termalu sndr..n baby tu amat sihat..tembam woo…hahha..first baby woo..risau tu lebih r skit..mlm tu da nangis2 tp tk nk g klinik gk..hahah..

suke..suke dan suke..Alhamdulillah..trus nk suh wan beli alat scan tu taruk kat umah..hahah

kecewanya…

images

serius kecewa gile ble durian kt JB ni..teringin bukan main..bli ptg..tangguh mkn utk malam..pnya la syg nk mkn..nk nikmati keenakannya mlm, seusai solat isyak..paksa wan amikkan durian kt dapo lagik..tgh nk bukak plastik..rsa cm berair..alamak, apa sdh jadik..tawakal lagik, truskan aktiviti mengorek durian…suapan pertama..da rsa nk jadikan penjual durian tadik mcm sesumpah..sakit ati aku.hampeh…tak tergambar betapa sedapnya durian yg bli masa lik Selayang last month..sedap bangat..da ar isinya tebal..manis pn ye gak..kelat skit pn ye gak..tp sdp woo..huhuhu..sedihnya..wahai penjual buah-buahan, jgn la aniaya pelanggan2 semua…mmg tk berkat rezki krg t..mls ar nk taip lagik..bubbye

BILA MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN

BILA MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN —->thanks to Pak Utih

Tidak ramai dikalangan kita yang menyambut ulang tahun perkahwinan ini. Kemungkinan besar kerana bukan budaya kita atau kesibukan harian dengan anak-anak yang tidak memberi ruang untuk bersama berdua-duaan atau ada masalah lain yang menghalangnya. Tapi bagi seorang isteri, sambutan ini adalah sesuatu yang diimpikan dan dikhayalkan kerana ia menambah rasa kasih sayang kepada suaminya. Menguatkan lagi keyakinannya yang suaminya sayang kepadanya.

Bagi meraka yang menyambutnya, pasti teringat majlis makan malam itu tahun demi tahun dan pasti ingat menu yang disajikan. Sungguh syahdu, apalagi dinyalai dengan lilin yang menerangi suasana kasih sayang malam itu. Satu malam yang amat indah apabila kami berdua dinyanyikan oleh live band dengan lagu My Way khas untuk kami berdua. Ia menambahkan motivasi untuk kami berdua meneruskan cita-cita hidup kami bersama.

Alangkah lebih indah lagi jika malam itu kita jadikan malam untuk kita bermuhasabah hubungan kita berdua. Kita rebiu pencapaian hubungan kasih sayang kita setahun berlalu. Kita semak kejayaan simpanan dan tabungan bersama. Kita nilai kejayaan anak-anak dibidang pelajaran, kemasyarakatan dan dakwah mereka. Kita kritik dan komen kelemahan peranan kita sebagai ibubapa dan pimpinan kepada anak-anak kita. Banyak lagi boleh kita fikirkan agar ianya bukan sekadar makan malam sahaja malah menjadikan sambutan ulang tahun itu amat bermakna bagi kita berdua.

Apa kata kita mulakan agenda malam sambutan itu dengan masing-masing menceritakan pengorbanan yang telah kita berikannya. Sama ada pengorbanan itu sudah diketahui atau tidak diketahuinya. Sebagai contoh.. “Yang ingat tak, masa Yang sms abg suatu pagi, masa tu abg kat rumah, Yang kat sekolah, minta carikan mata lembu untuk spesimen makmal pelajar pagi tu,.. amat penting sebab pegawai Jabatan Pendidikan nak menilai pengajaran Yang.. abg bergegas ke pasar di Jitra… mencarinya di penjual daging.. semua kata tak ada.. Abg pecut ke pasar tani di Napoh.. baru dapat sebiji..pecut semula ke Sekolah.. dalam perjalanan di tahan polis trafik… merayu2 minta maaf kerana isteri nak cepat spesimen untuk pengajarannya di sekolah… polis tu percaya sebab tengok sebiji mata lembu.. sambil melepas abg dengan ucapan “SUAMI CONTOH”.. dan alhamdulillah dapat berikan mata lembu itu pada Yang tepat waktunya.. lepas Yang dapat aje mata lembu itu.. Yang terus ke makmal.. tanpa ucapkan terima kasih pada Abg… tapi Abg terimanya kerana mungkin Yang pada masa itu gemuruh sebab Pegawai nak tengok Yang mengajar.. itu la pengorbanan Abg pada Yang… Yang pula?

Selepas kita bertukar kisah pengorbanan masing-masing, bolehlah kita mulakan pula dengan peristewa-peristewa yang menyebabkan kita rasa terkilan atau marah pada pasangan masing-masing. Contoh, “Abg ingat tak satu pagi tu, I marah sangat kat you sebab i tengah marah kat anak kita sebab dia bangun lambat belum sembahyang subuh, you pula datang macam nak membela dia. Patutnya you bersama dengan i marah dia.. tapi u pula yang menaikkan suara kerana i buat bising pagi-pagi buta”.. Kemudian kita bermaaf-maafan dan minta Allah ampunkan kesilapan kita bersama. Seterusnya kita baiki kesilapan ini dengan membuat “standard operating procedures” bersama seperti contoh. “Lain kali kalau I berleter dengan anak2, you diam aje sama ada setuju atau tidak.. jika tidak setuju… masuk dalam bilik.. bincang dalam bedroom, bukan depan anak2”.

Selepas peristewa marah-marah, kita teruskan pula dengan mengingatkan perstewa yang menyebabkan rasa kasih sayang bertambah sesama kita. Contohnya, kepercayaan dan hormat isteri kepada kita, “Abg, tadi ada orang call kat handphone abg, i tak angkat, kemudian dia call kat fon rumah, rupanya pegawai bank suruh abg bawa cop syarikat untuk persanan buku chek yang baru,.. I memang tak angkat handphone abg… kot laa girlfriends abg call.. terkejut pula dia..he he”.. Dengan kenyataan daripada isteri ini sudah cukup memberikan keyakinan kepercayaannya kepada suami di atas kejujuran kita. Maka kita berikan satu kucupan sayang hadiah kepadanya di atas kepercayaan ini. Dibalas dengan, “Terima kasih atas kepercayaan Yang pada abg, insya Allah abg menghormati dan menghargai kepercayaan Yang pada abg”.

Apabila telah selesai muhasabah kasih sayang ini, maka barulah kita masuk agenda kemuncak sambutan ulangtahun perkahwinan kita. Kita rancang bersama strategi dakwah pasangan masing-masing, kita unjurkan simpan pendidikan anak yang ingin ditambah atau dikurangkan dan juga insuran takaful, meningkatkan hubungan dengan jiran, ubahsuai rumah untuk keselesaan anak cucu yang nak datang menziarah kita dan lain-lain yang releven dengan kita. Malam itu kita simpan dalam ingatan dan esoknya kita dokumenkan di dalam album untuk direbiu pada tahun depan pula.

Apabila dah selesai, maka barulah kita makan dan menikmati keindahan malam dengan disaksikan oleh persefahaman dan ikatan persetujuan meneruskan kehidupan setahun yang mendatang.

Allahu ‘alam selamat mencuba.